Tuesday, September 6, 2011

ARTWORK dulu-dulu (part 3)

final painting for anta dicipline subject ISLAMIC CALLIGRAPHY
UiTM cawangan perak, 1999

'3 QUL' khat thuluth- 2' x 3' - 1999
medium : mix media
rafidah saharudin

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi.

Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut (Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm. Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth).


'khat khufi' - 4' x 6' - 1999
medium : akrilik, cat mural
rafidah saharudin

Khat kufi adalah nisbah atau sandaran kepada Bandar Kufah yang terletak di Iraq, ia diantara khat yang terawal muncul dan digunakan secara meluas untuk penulisan al-Quran suatu ketika dahulu sebelum kemunculan khat nasakh. Selepas pembukaan Iraq oleh Saad bin Abi Waqqas ketika Pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab tahun ke 18 Hijrah, pusat pemerintahan Islam berpindah dari madinah ke Iraq dan terikut bersama dua jenis tulisan yang dikenali dengan Makki dan Madani ke Basrah dan Kufah. Khat ini dipelajari oleh penduduk-penduduk Iraq dan mereka menggelarnya dengan khat Hijaziyang mempunyai dua ciri yang berlainan. Pertama berbentuk lembut (Madani) dan yang kedua berbentuk keras (Makki).

Kecenderungan orang-orang Iraq ketika itu adalah kepada khat yang berbentuk keras dan mereka berusaha memperbaikinya sehingga ia digunakan secara meluas untuk penulisan mushaf, matawang, hiasan di dinding masjid dan tulisan pada batu nesan meraka. Khat berbentuk keras ini kemudiannya dimasyhurkan sebagai khat kufi, iaitu sandaran kepada Bandar Kufah kerana peranannya yang sangat penting dalam perkembangan tulisan ini.



No comments: